Khidmat Masyarakat Fakulti Pengurusan Hotel Dan Pelancongan UiTM

 
Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik tengah hari tadi merasmikan Program Khidmat Masyarakat & Penyembelihan Halal anjuran Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor di Kampung Parit Hasan, Kluang Johor. 
 
YB Dr. Maszlee merakamkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah sama-sama menjayakan program ini. 
 
 "Semoga kerjasama ini berterusan pada masa yang akan datang," kata beliau. 
 
Beliau dalam pada itu menanam keyakinan  program seperti ini akan meninggalkan impak yang sangat positif kepada semua yang terlibat.
 
Aktiviti yang dijalankan pada sepanjang program berkenaan seperti penyembelihan ayam halal, gotong-royong, pemindahan dan percambahan ilmu dalam kalangan penduduk dan warga UiTM. 
 
 
 
(UKK 14 April 2019)
  • Hits: 3744

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 05 Disember 2023, 15:52.