Hari Terbuka Matrikulasi & Science Fiesta 2020

Pada 29 Februari 2020, Bahagian Matrikulasi KPM, telah mencatatkan sejarah iaitu berlangsungnya satu program yang julung kalinya diadakan iaitu Hari Terbuka Matrikulasi & Science Fiesta 2020 peringkat Kebangsaan. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs Dr Ahmad Rafee bin Che Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor.

Tema Hari Terbuka ini adalah “Miracle of Science” dan tema ini dipilih bertujuan untuk menarik minat pelajar bumiputera khususnya kepada para pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang akan menyambung pengajian ke peringkat pra-universiti dalam bidang sains. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Biomazing Race, Chemix Race, Physics Hunt, Science Challenge, Science Big Stage serta banyak lagi. Secara rumusannya aktiviti ini mendapat banyak penyertaan dan sambutan dari sekolah sekolah sekitar Kuala Langat dan berapa sekolah dari luar seperti Sekolah Menengah Sains Rembau, STAR Ipoh dan banyak lagi.

Hari Terbuka ini merupakan satu program utama dibawah inisiatif #112 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Pemerkasaan Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru, Kolej Matrikulasi telah diberikan tanggungjawab dalam merealisasikan hasrat KPM dalam melahirkan pelajar yang mempunyai daya saing yang tinggi di arena pendidikan.

Penganjuran Hari Terbuka pada kali ini juga diharapkan dapat memberi petunjuk positif dalam menyokong dalam menjayakan aspirasi pendidikan negara demi melahirkan lebih ramai generasi STEM di Malaysia. Di samping itu juga ianya dapat memberikan informasi mengenai gambaran atau suasana pembelajaran yang kondusif di Matrikulasi , serta tenaga pengajar yang mahir serta berpengalaman.

Antara agensi luar yang hadir ialah WWF, MAKNA, UITM, Jabatan Kimia Malaysia, Pusat STEM Negara, MDEC, Jabatan Pertanian dan UITM. 

(UKK 29 Februari 2020) 
 
  • Hits: 5854

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 08 Jun 2023, 15:53.