Hari Kebudayaan China

Dalam dunia pendidikan global, kita lihat pendidikan ini sebagai satu transformasi yang memungkinkan pelbagai langkah proaktif dilaksanakan bertujuan memastikan sektor pendidikan negara kita terus dipertingkatkan.

Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pendidikan sudah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan Malaysia menjadi hab pendidikan utama di rantau Asia.

Berlangsung semalam ialah sambutan kebudayaan ulang tahun ke-45 penubuhan Perhubungan Diplomatik Malaysia-China yang diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang dihadiri oleh YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan. Melalui kerjasama dalam bidang pendidikan, akan terus mengukuhkan hubungan Malaysia-China.

YB Puan Teo berkata, “penjalinan hubungan diplomatik antara China dan Malaysia mencecah ulang tahun ke-45 kami berharap agar hubungan dua hala ini akan membantu dalam meningkatkan persefahaman bersama dan membina hubungan berdasarkan rasa hormat, kepercayaan dan kerjasama di mana akhirnya akan memberi manfaat kepada negara kita terutamanya dalam bidang pendidikan.

 
(UKK 17 Disember 2019) 
 
  • Hits: 1327
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 22 Februari 2020, 18:32.