Festival Pendidikan Tingkatan Enam Peringkat Kebangsaan Tahun 2020

YBrs. Dr. Habibah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia hari ini telah merasmikan Festival Pendidikan Tingkatan Enam Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 bertempat di Kolej Tingkatan Enam Shah Alam, Selangor.

Tema Festival pada kali ini adalah “Pemerkasaan Pendidikan Ke Arah Era VUCA” (Empowering Education Towards the Era of VUCA). Pemilihan tema ini adalah bertepatan dengan perkembangan dalam dunia pendidikan yang pesat.

Festival pendidikan ini merupakan salah satu program utama di bawah Inisiatif #112 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Pemerkasaan Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kolej Tingkatan Enam juga telah diberi fokus dalam usaha KPM memacu inovasi dan kecemerlangan institusi pendidikan KPM. Justeru, festival pendidikan ini juga merupakan platform bagi mempromosi dan memberi kesedaran kepada semua pemegang taruh tentang imej dan wajah baharu pengajian Tingkatan Enam.

Penganjuran festival pendidikan pada kali ini juga diharapkan dapat memberi impak yang positif dalam menyokong menjayakan agenda pendidikan negara demi melahirkan generasi Malaysia yang sentiasa bersedia mendepani era VUCA.

Festival pendidikan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBhg. Datuk Aznil Haji Nawawi, Ikon Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) KPM atau lebih dikenali dengan panggilan “Pak Nil”.

(UKK 29 Februari 2020) 
 
  • Hits: 6837

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 01 April 2023, 07:53.