Empat Guru Antara Yang Terawal Menerima Suntikan Vaksin COVID-19

PUTRAJAYA: P. Suguna Devi, Guru Bahasa Inggeris dan Jepun di SMK Putrajaya Presint 11(1) berkongsi pengalaman ketika menerima  suntikan vaksin COVID-19 berkata beliau datang dengan keyakinan diri menerima suntikan vaksin demi melindungi pelajar serta guru di sekolah.

Beliau merupakan antara salah seorang guru daripada 55,539 guru dari seluruh negara yang berisiko tinggi dijangkiti COVID-19, yang disenaraikan sebagai penerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech pada fasa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Pejabat Kesihatan Putrajaya, Presint 11 pada hari ini, Sabtu, 27 Februari 2021.
 
Antara guru lain yang terlibat menerima suntikan fasa pertama pada pagi tadi adalah Guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11(1), Badaruddin Yahya, Guru Matematik dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sunway, Chan Han Hua dan Guru Tahun Satu di SK Putrajaya Presint 14(1), Che Zaini Mat Daud. 
 
YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri dan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan merupakan antara penerima pertama suntikan vaksin COVID-19 pada Rabu, 24 Februari 2021 yang lepas.
 
  • Hits: 3281

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 27 September 2023, 14:39.