Dr. Radzi Jidin Meninjau Situasi Peralihan Sesi Persekolah Sekitar Sekolah Di Sri Petaling
Petikan daripada FB Dr. Radzi Jidin;
"Tengah hari tadi kami singgah ke SMK Seri Saujana dan SMK Bandar Baru Seri Petaling di Sri Petaling, Kuala Lumpur untuk meninjau situasi peralihan sesi persekolahan bagi sekolah yang melaksanakan model pengoperasian dua sesi.
Peralihan daripada tamat persekolahan bagi sesi pagi ke permulaan sesi petang berjalan dengan baik dan tersusun. Aspek kesihatan dan keselamatan warga sekolah sentiasa diberi keutamaan.
Kami ingin merakamkan penghargaan kepada guru, ibu bapa, murid dan seluruh warga sekolah dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dalam keadaan selamat."
(16 Julai 2020)
- Hits: 3425