Dr. Radzi Jidin Meninjau Pembukaan Semula Sekolah Di Sekitar Negeri Kelantan

Petikan daripada FB Dr. Radzi Jidin;

"Hari ini kami berkesempatan meninjau sendiri pembukaan semula sekolah bagi anak-anak Tahun 5 dan 6 di sekolah rendah, serta murid Tingkatan 1 hingga 4 di sekolah menengah di sekitar negeri Kelantan.

Antara sekolah yang sempat kami singgah adalah:
1. SK Sri Suria 1
2. SMK Dato Mahmod Paduka Raja 1
3. SMK Tanah Merah 2
4. SK Batu Gajah
5. SMK Machang
6. SMK Hamzah
7. SK Ketereh

Saya berkesempatan berinteraksi dengan murid-murid. Rata-rata antara mereka menyatakan kegembiraan apabila dapat kembali semula ke sekolah.

Sekali lagi saya ingin menzahirkan penghargaan kepada guru, murid, ibu bapa serta seluruh warga sekolah di atas keprihatinan dan kerjasama yang ditunjukkan dalam memastikan pembukaan sekolah berjalan lancar."

(15 Julai 2020)

  • Hits: 3742

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 29 September 2023, 15:09.