YB Dr Maszlee: Slogan Budaya Kerja Cemerlang Dicetuskan YAB Tun Dr Mahathir Kekal Relevan

Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik menyifatkan idea Budaya Kerja Cemerlang yang dilancarkan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 27 November 1989 masih relevan meskipun 30 tahun sudah berlalu.
 
Ironinya menerusi idea itu, kata beliau, tercetus pemikiran budaya kerja kelas pertama iaitu cara berfikir, pemikiran, merasai, menghayati, bertindak dan berperilaku.
 
Sehubungan itu, beliau menyeru warga kerja Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melakukan penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan awam.
 
"Semua pegawai dan kakitangan KPM wajar menjadi ejen sosial untuk membangunkan masyarakat dan harus memikulnya secara bersama," kata beliau semasa berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2018 di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
 
Seramai 731 orang menerima APC 2018.
 
Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha KPM, YBhg Dato' Dr. Mohd Gazali Abas; Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBhg. Dato' Dr. Amin Senin; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBhg. Dato' Prof Dr Ts Mohd Ismail Abd Aziz.
 
 
 
(UKK 15 April 2019)
  • Hits: 6221

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 01 Disember 2023, 12:00.