Ayuh Kibar Jalur Gemilang

Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia

Bersempena Bulan Kebangsaan Negara yang akan disambut menjelang Ogos ini, rakyat diseru agar mengibar Jalur Gemilang.

Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pagi ini turut disambut meriah di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pelancaran disempurnakan oleh YBhg. Datuk Yusran Shah bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut hadir YBhg. Dato’ Azizan Bin Mohamad Sidin, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan), YBhg. Dato’ Kamel bin Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) dan YBrs. Dr. Ahmad Rafee Che Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembangunan dan Profesionalisme Keguruan).

Tujuan utama pelancaran ini diadakan adalah supaya dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia amnya dan warga kerja KPM khususnya.

YBhg. Datuk Yusran turut melancarkan papan tanda khas peringkat Kementerian Pendidikan bagi warga kerja menzahirkan kata-kata semangat patriotisme.

(UKK 28 Julai 2020)

  • Hits: 1247

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 24 September 2020, 12:33.