Anugerah Pertandingan Huawei ICT Rantau Pasifik Selatan 2018/2019
YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan menghadiri Majlis Pengumuman Pemenang dan Penyampaian Anugerah Pertandingan Huawei ICT Rantau Pasifik Selatan 2018/2019 di Universiti Malaya malam tadi.
Bagi kategori 'Network Track', Telkom University, Bandung, Indonesia mendapat tempat pertama, diikuti dengan Universiti Malaya di tempat kedua dan Institut Teknologi Bandung tempat ketiga. Kategori 'Cloud' pula dimenangi oleh Nanyang Technological University.
Pertandingan ICT ini bertujuan untuk menangani jurang antara bakat dan keperluan dalam industri ICT dengan bekerjasama dengan universiti bagi menghasilkan ahli profesional yang berpotensi serta berkemahiran tinggi.
Menurut YB Puan Teo, "industri ICT adalah sangat mencabar, kita perlu memastikan supaya belia hari ini bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang."
"Kerjasama antara universiti dan industri sememangnya diperlukan untuk pembangunan kemahiran dan perkongsian pengetahuan. Malaysia dan seluruh rantau ini memerlukan graduan yang berkualiti untuk memenuhi keperluan industri," jelas beliau.
Menurut beliau lagi, objektif utama KPM dalam menyokong usaha-usaha kerjasama antara institusi akademik dan industri adalah untuk memastikan graduan yang sentiasa bersedia untuk industri dapat dihasilkan bagi memenuhi pekerjaan berkemahiran tinggi.
Jelasnya, usaha-usaha ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian dan ini merupakan ciri penting untuk menghasilkan graduan yang boleh dipasarkan.
(UKK 11 April 2019)
- Hits: 3468