8 dan 10 April 2023 - Jaulah Ramadan KPM 2023 @ SM Sains Setiu & SMKA Dato’ Haji Abbas

Jaulah Ramadan KPM 2023 @ SM Sains Setiu & SMKA Dato’ Haji Abbas

8 dan 10 April 2023 | Sabtu dan Isnin

YBrs Tn. Hj. Shafruddin bin Haji Ali Hussain, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia - Sektor Pembangunan Profesionalisme telah berkesempatan untuk beramah mesra dan berbuka puasa bersama-sama dengan para pelajar dan guru di Sekolah Menengah Sains Setiu, Terengganu pada 8 April 2023.

Sementara itu, pada 10 April 2023 beliau telah beramah mesra dan bersahur di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abbas, Kuala Nerus, Terengganu dengan ditemani para pelajar dan guru.

Turut hadir dalam acara ini ialah Pengarah JPN Terengganu, YBrs. Tn. Hj. Abdul Muie bin Ngah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam (BPI) YBrs. En. Saifuddin bin Hussin serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian dan JPN Terengganu.

 
  • Hits: 524

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 08 Jun 2023, 15:53.