4 Oktober 2021 - Lawatan Kerja Ybhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani Binti Abdol Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ke Institusi Pendidikan Sekitar Negeri Melaka

Lawatan Kerja YBhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ke institusi pendidikan sekitar negeri Melaka:

1. Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah
2. SJKT Jasin
3. SJKC Yu Ying
4. SMK Tun Tuah
5. Oakrish International School
6. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah

Lawatan ini merangkumi tinjauan bagi melihat sesi pembelajaran murid Tingkatan 6, Murid Berkeperluan Khas (MBK) dan kelas PPKI. Selain itu, lawatan ke Sekolah Swasta dan Sekolah Berasrama Penuh turut dilakukan bagi melihat persediaan pihak sekolah menerima pelajar bagi sesi persekolahan kali ini

Turut hadir adalah Pengarah Bahagian Sekolah Harian, En. Zainal bin Abas, Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Puan Hajah Salmah binti Jopri, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Puan Faridah bin Yang Razali dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad.

  • Hits: 2315

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 04 Oktober 2023, 15:35.