4 Dis 2021 - Majlis penyerahan sumbangan Pendidikan Digital 'AEON Sayap Bagimu

Majlis penyerahan sumbangan Pendidikan Digital 'AEON Sayap Bagimu' kepada murid daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Majlis ini berlangsung di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Darul Aman, Jitra, Kedah.

Majlis dihadiri oleh YB Datuk Dr. Radzi Jidin selaku Menteri Kanan Pendidikan dan diringi oleh YBhg. Datuk Yusran Shah Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia serta YBhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani Abdol Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Selain itu, majlis yang berlangsung juga disertai YBrs. En Hardian Hadir, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Didik Negara dan YBhg. Datin Noryahwati Mohamad Noh, Presiden, Yayasan  AEON Malaysia.
 
Sumbangan ini melibatkan pengagihan sebanyak 50 unit peranti diagihkan kepada murid SMK Tanjung Pauh dan agihan fasa kedua ini melibatkan 2,000 unit peranti beserta kad sim unifi mobile akan diberi kepada murid tingkatan 3 yang terpilih. Sumbangan ini merupakan hasil kerjasama Yayasan Didik Negara (YDN), Yayasan AEON Malaysia (MAF), Yayasan TM, Yayasan Peneraju dan juga Yayasan Sukarelawan Siswa.
 
Selain penyampaian sumbangan Pendidikan Digital, MAF juga menyerahkan sumbangan sebanyak RM60,000 kepada Yayasan Didik Negara (YDN) bagi membekalkan 300,000 kotak pelitup muka untuk kegunaan murid sekolah di Kementerian Pendidikan Malaysia.
 
 
  • Hits: 2278

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 22 September 2023, 15:47.