31 Mac 2023 – Jerayawara Pendidikan Madani Dirasmikan
Jerayawara Pendidikan Madani Dirasmikan
31 Mac 2023 - Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah merasmikan Jerayawara Pendidikan Madani yang merupakan platform bagi KPM bertemu dengan warga pendidikan di segenap peringkat.
Turut diadakan pada majlis ini adalah Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Bank Islam Malaysia Berhad dan Yayasan Didik Negara, penyampaian sumbangan kepada pelajar, syarahan Pendidikan Madani serta tazkirah Ramadan.
Jerayawara Pendidikan Madani yang dimulakan di Negeri Sembilan akan diteruskan di Selangor, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain.
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah
#FadhlinaSidek
- Hits: 1193