3 Universiti Komprehensif Meterai Perjanjian Persefahaman

Satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai hari ini antara Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya sebagai usaha mempertingkatkan platform penyelidikan berimpak tinggi yang akan dipacu bagi membantu dalam pembangunan penyelidikan negara.

Melalui MoU ini, ketiga-tiga buah universiti ini dapat menjalinkan kerjasama yang erat dalam percambahan idea dan guna sama sumber fizikal dan manusia dalam bidang penyelidikan, penerbitan, mobiliti staf dan pelajar, pembentukan kurikulum, aktiviti kemasyaratan dan penganjuran seminar.

Majlis telah di saksikan oleh YBhg. Dato' Kamel Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan Strategik, KPM dan telah ditandatangani oleh YBhg. Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor UiTM, YBhg. Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor UNIMAS dan YBhg. Profesor Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Naib Canselor UMS.

 
(UKK 10 Disember 2019) 
 
  • Hits: 3635

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 08 Jun 2023, 15:53.