29 Mac 2023 – Sekolah Luar Bandar Dilengkapi Kemudahan Gentian Optik Untuk Capaian Internet lebih Pantas
Sekolah Luar Bandar Dilengkapi Kemudahan Gentian Optik Untuk Capaian Internet lebih Pantas
29 Mac 2023 – Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil telah merasmikan Hab Gentian Optik 'Point of Presence' (PoP) Zon Utara yang memberi manfaat secara langsung kepada 55 buah sekolah luar bandar di negeri Kedah. Projek ini dapat memberi capaian internet lebih pantas terutamanya kepada para pelajar dan masyarakat kawasan sekitar.
Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, YBhg Dato' Sri Hj Mohammad Bin Mentek dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg Dato' Hj Pkharuddin Bin Ghazali.
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah
- Hits: 429