29 Julai 2022 - Majlis Clock Out YBhg. Datuk Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH

29 Julai 2022 (Jumaat) telah berlangsungnya Majlis Clock Out YBhg. Datuk Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia sempena persaraan wajib beliau.

Beliau telah memulakan perkhidmatan dalam perkhidmatan pendidikan pada tahun 1986 sebagai Ketua Jabatan A-Level di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan. Dalam tempoh perkhidmatan selama 35 tahun, beliau juga telah berkhidmat di pelbagai organisasi dalam KPM. Antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta.
 
Majlis Menandatangani Nota Serah Tugas dan Clock Out beliau telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Blok E8, Kompleks E, Putrajaya. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Datuk Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan, YBhg. Datuk Yusran Shah bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha, Encik Ramzi Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBrs. Encik Noor Azman bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan), YBhg. Dato’ Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), YBrs. Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Pembangunan Profesionalisme) serta Pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia.
 
Sekalung penghargaan dan terima kasih atas jasa dan khidmat bakti yang tidak ternilai. Selamat bersara dan semoga diberikan kesihatan yang baik.
 
#SekolahkuSEJAHTERA
#KPMKomited
#KeluargaMalaysia
 
  • Hits: 285

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 08 Ogos 2022, 17:05.