28 Julai 2023 - Program Pembinaan Karakter Pelajar Lepas Menengah

Program Pembinaan Karakter Pelajar Lepas Menengah
 
28 Julai 2023 | Jumaat
 
Sekitar penganjuran Program Pembinaan Karakter Pelajar Lepas Menengah di SK Bukit Jelutong pada Jumaat yang dihadiri oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.
 
Dalam ucapannya, YB Menteri Pendidikan menzahirkan harapan supaya para peserta terus berusaha mencapai yang terbaik dalam pelajaran selain meningkatkan jati diri masing-masing.
 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan akses pendidikan berkualiti untuk semua pelajar menerusi program pengajian seperti Tingkatan 6, Matrikulasi dan Kolej Vokasional.
 
Program ini telah turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg Datuk Hj Pkharuddin Hj Ghazali serta pegawai-pegawai kanan KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.
 
 
  • Hits: 430

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 22 September 2023, 15:47.