27 Jun 2023 - Perjanjian Persefahaman (MoU) Kementerian Pendidikan Malaysia dan L'Oreal Malaysia
Perjanjian Persefahaman (MoU) Kementerian Pendidikan Malaysia dan L'Oreal Malaysia
27 Jun 2023 | Selasa
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan L'Oreal Malaysia bagi melaksanakan kerjasama dalam pelbagai bidang berkaitan dengan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).
L'Oreal Malaysia yang mempunyai kepakaran luas dalam bidang kosmetik dapat membantu Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV), KPM meningkatkan kemahiran guru dan pelajar terutamanya di 17 Kolej Vokasional seluruh negara yang menawarkan bidang pengkususan kosmetologi.
Kerjasama strategik ini akan turut memberi manfaat dari segi kebolehpasaran graduan Kolej Vokasional.
Kesemua 606 program diploma (100%) yang ditawarkan oleh Kolej Vokasional telah mendapat perakuan akreditasi penuh, manakala kadar kebolehpasaran graduan Kolej Vokasional bagi tahun 2021 pula adalah 99.16%.
- Hits: 529