26 Dis 2021 - Hari Ke-6: Sukarelawan Bantuan Bencana Guru Pewaris Negara Kementerian Pendidikan Malaysia

Hari Ke-6 : Sukarelawan Bantuan Bencana Guru Pewaris Negara Kementerian Pendidikan Malaysia (26.12.2021)

Misi pembersihan diteruskan pada 26 Disember 2021 bermula 8.30 pagi di SMK Taman Sri Muda yang ditenggelami air akibat banjir besar minggu lalu.
 
Terima kasih Sukarelawan Guru Pewaris Negara (GPN) Kementerian Pendidikan Malaysia, GPN Selangor, GPN Johor dengan kerjasama Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) dalam operasi pembersihan kali ini. Turut serta membantu seramai 20 ahli Bomba dan JPAM serta 100 orang pelajar IPT.
 
  • Hits: 1674

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 08 Jun 2023, 15:53.