25 Dis 2021 - Hari Ke-5: Sukarelawan Bantuan Bencana Guru Pewaris Negara Kementerian Pendidikan Malaysia
Hari Ke-5 : Sukarelawan Bantuan Bencana Guru Pewaris Negara Kementerian Pendidikan Malaysia (25.12.2021)
Rangkuman Peristiwa Bergambar Hari Kelima: Sukarelawan Bantuan Bencana Guru Pewaris Negara Kementerian Pendidikan Malaysia meneruskan misi pembersihan di kediaman warga pendidik, sekolah dan komuniti.
Sukarelawan hari ini melibatkan Guru Pewaris Negara yang terdiri daripada pegawai KPM, JPN, pensyarah IPGM, guru dan guru pelatih IPG dalam operasi pembersihan merangkumi;
1. Sebuah kediaman di Taman Sri Muda, Selangor
2. Enam kediaman di Hulu Langat dan Linggi Negeri Sembilan. Sukarelawan Bantuan Bencana Guru Pewaris Negara di Hulu Langat melibatkan 100 orang sukarelawan yang bekerjasama dengan Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM), Majlis Guru Besar (MGB), AKRAB, Educaring Team Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu, PELANGI PAGI, Surau At Taqwa Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan PEKDIS.
3. Sukarelawan Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Pendidikan Teknik diketuai Tuan Romai Noor bin Rabbu, Pengarah IPGK Pendidikan Teknik, para pensyarah dan guru pelatih membersihkan kediaman di Taman Sri Muda.
4.Sukarelawan Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Institut Pendidikan Kampus Pendidikan Islam di Meru Klang bersama-sama Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar IPGM, para pensyarah dan guru pelatih melaksanakan operasi pembersihan melibatkan sekolah SK Sungai Binjai, Sekolah Rendah Agama Intergrasi Tun Fatimah serta kediaman Cikgu Abu Talib mantan PPD Petaling.
5. Sukarelawan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar seramai 19 pelajar Sukarelawan IPG ( tetap) dan 12 orang Sukarelawan tambahan IPGKRM bersama-sama 4 orang pensyarah JHEP dan seorang pemandu telah menjayakan misi pembersihan pasca banjir di Kg Amar Penghulu, Jelebu. Mereka bergotong royong membersih 8 rumah rumah penduduk di sekitar kampung tersebut. Di sampiang itu juga, sumbangan turut diberikan kepada mangsa banjir.
- Hits: 1417