24/25 Jan 2022 - Lawatan kerja YB Datuk Mohamad bin Haji Alamin, Timbalan Menteri Pendidikan II ke institusi pendidikan bawah KPM di negeri Sabah

Sekitar lawatan kerja YB Datuk Mohamad bin Haji Alamin, Timbalan Menteri Pendidikan II ke institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di negeri Sabah.

Antara institusi yang dilawati ialah Insititut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent Tuaran, IPG Kampus Gaya, IPG Kampus Keningau, SK Rampayan Kota Kinabalu, SMK Kinarut Papar, SMK Agama Kimanis dan Kolej Vokasional Keningau. Turut hadir ialah pegawai-pegawai KPM, JPN, PPD dan Jabatan Kerja Raya, Cawangan Papar, Sabah.