22 Mac 2023 - Majlis Penyerahan Pek Kembali Ke Sekolah
MAJLIS PENYERAHAN PEK KEMBALI KE SEKOLAH
22 Mac 2023 - Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Pek Kembali Ke Sekolah anjuran Yayasan PETRONAS dengan kerjasama Yayasan Didik Negara di Sekolah Pendidikan Khas Jalan Batu (L) Kuala Lumpur.
Pada tahun ini, Yayasan PETRONAS menyumbang pakaian seragam dan peralatan sekolah kepada 21000 murid sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Malaysia, merangkumi 8540 murid sekolah menengah dan 12460 murid sekolah rendah.
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah
#FadhlinaSidek
- Hits: 525