22 Jun 2023 - Malaysia-UNESCO Cooperation Programme Achievement Event
Malaysia-UNESCO Cooperation Programme Achievement Event
22 Jun 2023 | Khamis
Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dengan kerjasama UNESCO telah menganjurkan acara Malaysia-UNESCO Cooperation Programme Achievement Event pada 22-24 Jun 2023 di Kuala Lumpur.
Acara ini telah dirasmikan oleh YBrs En. Mohd Daud Mohd Arif, Setiausaha Agung SKUM, mewakili YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan dan Presiden SKUM.
Ia diadakan untuk meraikan kerjasama antara Malaysia dan UNESCO dalam pelbagai bidang serta inisiatif penting bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDGs).
Antara pengisian acara yang berlangsung selama tiga hari ini termasuk diskusi mengenai inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan dan impaknya kepada masyarakat, pelancaran output seperti buku mewah, kad skor Matlamat Pembangunan Mampan dan pengenalan kepada laman web MUCP.
- Hits: 352