22 Julai 2023 - Program KV Insani Masyarakat MADANI

Program KV Insani Masyarakat MADANI

22 Julai 2023 | Sabtu

Sekitar pelancaran program KV Insani Masyarakat MADANI di Sg Acheh, Pulau Pinang yang telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.

Program ini dianjurkan khusus untuk menghubungkan warga Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan masyarakat setempat.

Menerusi penganjuran program ini, murid dan guru Kolej Vokasional terlibat secara langsung dalam dalam pelbagai acara khidmat komuniti seperti servis motosikal, membaiki rumah penduduk kampung yang rosak dan demonstrasi masakan serta solekan. Ini selaras dengan hasrat KPM untuk memartabatkan karamah insaniah yang merupakan salah satu daripada 7 teras nadi keunggulannya.

Graduan Kolej Vokasional mempunyai kebolehpasaran tinggi sekitar 99% dan menjadi aset tenaga mahir negara. KPM menerusi Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) sentiasa berusaha untuk memperkasakan pendidikan vokasional termasuk menerusi penambahan kolej dan program baru.

 
  • Hits: 288

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 22 September 2023, 15:47.