22 Dis 2021 – Hari ke-2: Sukarelawan Bantuan Bencana Guru Pewaris Negara Kementerian Pendidikan Malaysia

Hari ke-2: Sukarelawan Bantuan Bencana Guru Pewaris Negara Kementerian Pendidikan Malaysia

Misi bantuan banjir diteruskan lagi oleh Sukarelawan Guru Pewaris Negara (GPN). Misi kali ini melibatkan kerja-kerja pembersihan beberapa buah rumah guru yang terjejas akibat bencana banjir di sekitar Seksyen 29, Shah Alam.

Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 turut menjadi Pusat Penempatan Sementara (PPS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pihak penguatkuasa tempatan. Sebanyak 36 buah kelas dan bilik khas dijadikan sebagai PPS untuk mereka yang terjejas bagi tujuan memberi keselesaan dan mengawal penularan wabak covid-19.
 
#SekolahkuSejahtera
#KPMKomited
#KPMPrihatin
#PrihatinRakyat
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua
 
  • Hits: 1265

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 01 April 2023, 07:53.