22/23 Dis 2021 - Sukarelawan Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia
Seramai 100 orang pelajar dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), IPG Kampus Ilmu Khas, IPG Kampus Pendidikan Islam, IPG Kampus Pendidikan Teknik, IPG Kampus Raja Melewar, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa dan IPG Kampus Bahasa Melayu turun membantu membersihkan rumah kakitangan IPG KPM dan penduduk dibeberapa kawasan sekitar Dengkil, Salak Tinggi, Kampung Labu Lanjut, Hulu Langat, Puchong dan Meru Selangor. Mereka turut menyampaikan sumbangan wang ringgit dan barangan keperluan. Misi bantuan ini telah dilakukan bermula dari tarikh 21/12/2021 dan akan diteruskan hingga minggu hadapan.
Sukarelawan dari IPG seluruh negara juga sedang digerakkan untuk turut membantu di dalam usaha ini.
#SekolahkuSejahtera
#KPMKomited
#KPMPrihatin
#PrihatinRakyat
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua
- Hits: 1786