21 Mac 2023 - Majlis Anugerah Penarafan Surau Imarah (PERSISS) KPM - Bank Islam Peringkat Kebangsaan Kali ke-8 Tahun 2022
21 Mac 2023 - Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato' Hj. Pkharuddin bin Hj. Ghazali telah merasmikan Majlis Anugerah Penarafan Surau Imarah (PERSISS) KPM - Bank Islam Peringkat Kebangsaan Kali ke-8 Tahun 2022 bertempat Dewan Perdana, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Kuala Nerus, Terengganu. Sebanyak 4 kategori acara dipertandingkan dalam penarafan ini iaitu Kategori Surau Imarah Sekolah Rendah, Kategori Surau Imarah Sekolah Menengah, Kategori Musalla Imarah Sekolah Rendah dan Kategori Musalla Imarah Sekolah Menengah. Program ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah
- Hits: 1186