21 Feb 2022 - Majlis Pelancaran Sekolahku SEJAHTERA

Sekitar Majlis Pelancaran Sekolahku SEJAHTERA yang disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Turut hadir pada majlis ini ialah YBhg. Datuk Yusran Shah Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPM, YBhg. Dato' Haji Pkharuddin Haji Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Dasar dan Kurikulum (SDK) dan pegawai-pegawai kanan KPM.

Terdapat 14 elemen yang diterapkan bagi pelaksanaan inisiatif Sekolahku SEJAHTERA yang merangkumi aspek Selamat, Seronok, Sihat, Etika, Empati, Jati Diri, Adab Sopan, Harmoni, Tekun, Teliti, Terampil, Eksplorasi, Rasional dan yang terakhir Artikulasi.

  • Hits: 14780

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 22 September 2023, 15:47.