20 Mac 2023 - Lawatan Kerja YB Menteri ke SMK RPS Betau (JHEOA), Kuala Lipis, Pahang
20 Mac 2023 - Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah mengadakan lawatan kerja ke SMK RPS Betau (JHEOA), Kuala Lipis, Pahang. Lawatan ke Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) ini turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail.
Matlamat utama inisiatif Sekolah K11 adalah untuk mengatasi masalah keciciran di kawasan pedalaman, terutamanya dalam kalangan murid Orang Asli dan Peribumi.
- Hits: 524