19 Mei 2023 - Majlis Jalinan Mesra Kementerian Pendidikan Malaysia
Majlis Jalinan Mesra Kementerian Pendidikan Malaysia
19 Mei 2023 | Jumaat
Sekitar kemeriahan Majlis Jalinan Mesra Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berlangsung pada 19 Mei 2023 (Jumaat) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Turut diadakan dalam majlis tersebut sesi penyerahan Cek Cura “Program Rintis Makanan Tambahan MAIWP” oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang melibatkan sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, Timbalan Menteri Pendididikan, YB Lim Hui Ying, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg Dato' Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg Dato' Hj Pkharuddin Ghazali dan pengurusan tertinggi KPM berkesempatan beramah mesra dan memberi sumbangan duit raya kepada murid-murid asnaf sekitar WP Putrajaya.
Sumbangan duit raya ini merupakan sumbangan syarikat pengeluar produk tenusu terbesar Malaysia, Farm Fresh. Seramai 200 orang murid daripada 25 buah sekolah terlibat meliputi 9 buah sekolah menengah dan 16 buah sekolah rendah.
- Hits: 872