18 Ogos 2021 - Majlis Soft Launch Pameran Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 Kementerian Pendidikan Malaysia
MAJLIS SOFT LAUNCH PAMERAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2021 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
18 Ogos 2021 - Majlis perasmian pameran sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 Kementerian Pendidikan Malaysia telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia YBhg. Datuk Yusran Shah bin Mohd Yusof dalam satu majlis yang sederhana. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg Datin Sri Nor Zamani binti Abdol Hamid dan ahli pengurusan tertinggi KPM dengan mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan.
Pameran Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 KPM yang bertemakan ‘Pendidikan Asas Pembinaan Negara Bangsa Merdeka’ ini berlangsung di Lobi Utama Blok E8, KPM, Kompleks E, Putrajaya mulai 16 Ogos hingga 16 Oktober 2021.
- Hits: 2363