18 April 2023 - Menteri Pendidikan Umum Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2022

Menteri Pendidikan Umum Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2022

18 April | Selasa

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama (STAM) Tahun 2022 di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, Banting, Selangor pada pagi ini.

Seramai 4,634 calon peperiksaan STAM telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan pada Tahun 2022.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Dasar dan Kurikulum, YBrs. Dr Ahmad Rafee Che Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Pembangunan Profesionalisme, YBrs. Tuan Hj Shafruddin Ali Hussin, Pengarah Lembaga Peperiksaan, YBrs. Dr. Mohd Azam Ahmad, Pengarah JPN negeri Selangor, YBrs. Puan Rohayati Abd Hamed, Pegawai- pegawai kanan KPM, JPN, guru-guru dan ibu bapa.

KPM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon peperiksaan STAM Tahun 2022 atas pencapaian yang telah diperoleh.

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah
#FadhlinaSidek
 
 
  • Hits: 1071

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 03 Disember 2023, 12:22.