18 April 2023 - Majlis Tadarus & Khatam Al Quran Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2023
Majlis Tadarus & Khatam Al Quran Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2023
18 April 2023 | Selasa @ Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Majlis telah diadakan di ruang solat utama masjid melibatkan hampir 300 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil bahagian Kementerian Pendidikan. Ia merupakan majlis penutup bagi Program Ihya Ramadan KPM Tahun 2023.
Acara dimulakan dengan tadarus al Quran seterusnya majlis khatam disempurnakan oleh YBrs. Ustaz Omar bin Salleh, Timbalan Pengarah Kanan BPI. Turut hadir dalam majlis ialah YBrs. Pn. Noriah binti Haron, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Program Adab & Nilai, BPI.
#TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah
- Hits: 783