17 Mac 2023 - Majlis Bicara Wahyu (MBW) dan Pelancaran Tabung Cakna Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2023/1444H
Majlis Bicara Wahyu (MBW) dan Pelancaran Tabung Cakna Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2023/1444H
Pelancaran Tabung Cakna Ramadan KPM Tahun 2023 telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Norisah Bt Suhaili, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Operasi Sekolah (TKPPM SOS) di dalam Majlis Bicara Wahyu anjuran Bahagian Pendidikan Islam (BPI) pada 17 Mac 2023 secara dalam talian. Majlis ditayangkan secara langsung melalui platform YouTube PPADNI, Facebook BPI dan Facebook PPADNI.
Turut hadir dalam majlis ialah Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, YBrs. Tn. Abu Hanifah @ Fauzi bin Zahari serta pegawai-pegawai kanan BPI.
Majlis dilengkapkan dengan slot ceramah yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Muhamad Hafiz [PU Hafiz] dengan tajuk “Ahlan Ya Ramadan”.
- Hits: 151