17 Mac 2022 - Tahniah Penerima Pingat perkhidmatan Cemerlang (P.P.C) Tahun 2021

Tahniah En Poad  Tahniah_En_Shahril.jpg

Kementerian Pendidikan Malaysia mengucapkan Tahniah kepada Encik Mohd Poad bin Md Kassim, Jurulatih Pecut Negara, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Johor dan Encik Mohd Shahril bin Shahidan, Jurulatih Skuasy Kebangsaan, Sekolah Sukan Bukit Jalil, W.P. Kuala Lumpur atas Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C) Tahun 2021

Pingat ini adalah dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui Statut Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan adalah diiktiraf sebagaimana pingat-pingat lain yang dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Pingat ini boleh dipakai oleh pegawai semasa menghadiri sesuatu majlis rasmi.
 
Pingat P.P.C. merupakan pingat bagi pegawai perkhidmatan awam yang menunjukkan kecemerlangan luar biasa dalam tugas yang diamanahkan serta aktif dalam penglibatan dan sumbangan di luar tugas rasmi termasuk aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan, kebudayaan dan sebagainya yang boleh mengharumkan nama organisasi dan negara.

 

  • Hits: 5662

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 15 Ogos 2022, 16:38.