17 April 2023 - Kunjungan Hormat KSU KPM Ke Atas SU Kerajaan Terengganu Dan Lawatan Pemeriksaan Pembangunan Pendidikan Serta Penyelenggaraan Sekolah
Kunjungan Hormat Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Ke Atas Setiausaha Kerajaan Terengganu Dan Lawatan Pemeriksaan Pembangunan Pendidikan Serta Penyelenggaraan Sekolah
17 April 2023 | Isnin
YBhg Dato' Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan telah mengadakan kunjung hormat ke atas YBM Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Bin Tengku Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Terengganu bertempat di Wisma Darul Iman.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua belah pihak telah berkongsi pandangan berhubung isu-isu yang melibatkan status projek pembangunan pendidikan di Negeri Terengganu. KPM turut menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Setiausaha Kerajaan Terengganu yang telah memberikan kerjasama dan dukungan serta memudahcara di dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan pendidikan di Negeri Terengganu.
Lawatan Kerja YBhg. Dato' Indera Nik Nasarudin diteruskan lagi dengan lawatan pemeriksaan ke atas projek-projek pembangunan pendidikan dan penyelenggaraan sekolah ke SMK Serada, Kuala Terengganu dan SMK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang.
Lawatan turut diadakan ke SMK Batu Payong, SMK Padang Midin dan SMK Tun Telanai bagi memeriksa keadaan sekolah dan penyelenggaraan yang berkaitan dilaksanakan dengan baik.
KPM komited untuk terus bekerjasama rapat dengan pihak Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan persekutuan bagi memastikan projek-projek pembangunan pendidikan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
- Hits: 393