16 Guru Adiwira Diraikan Sempena Hari Guru Kebangsaan 2019
Seiring dengan tema Hari Guru tahun ini, "Guru: Obor Hemah Menyinari Pertiwi", Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengangkat martabat guru sebagai adiwira kerana mereka melakukan tugas dan tanggungjawab yang kadangkala lebih sukar daripada skop tugasan yang dipertanggungjawab kepada mereka, selain merupakan individu yang dekat di hati pelajar, ibu bapa dan masyarakat.
Justeru bertempat di SPICE Arena, Pulau Pinang telah berlangsung Majlis Penyampaian Anugerah Guru Adiwira kepada 16 orang guru yang telah terpilih mewakili negeri masing-masing. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Amin Senin menyampaikan anugerah berkenaan hari ini.
Mereka terdiri daripada:
1. Cikgu Kamaruzali Warman (Johor)
2. Cikgu Razita Abdul Razak (Terengganu)
3. Cikgu Angeline Leong Nyet Choo (Labuan)
4. Cikgu Samuel Isaiah (Pahang)
5. Cikgu Madhavan Balakrishnan (Negeri Sembilan)
6. Cikgu Mohamad Khamidon Sadi (Selangor)
7. Cikgu Mason Maur Changan (Sarawak)
8. Cikgu Muhamad Rizal Sadiman (Perak)
9. Cikgu Venkateswaran Ramiah (Kuala Lumpur)
10. Cikgu Abdullah Aliff Dahlan (Sabah)
11. Cikgu Nurliza Ghazali (Kelantan)
12. Cikgu Hilda Ilya Hilmi (Putrajaya)
13. Cikgu Rozita Lazim (Pulau Pinang)
14. Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib (Kedah)
15. Cikgu Muhd Syafiq Abdul Aziz (Perlis)
16. Cikgu Othman Markom (Melaka)
Guru Adiwira merupakan cetusan idea Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik.
Selaku menteri yang bertanggungjawab menjaga kebajikan para pendidik, beliau mahu guru di negara ini kekal menjadi adiwira yang sebenar dan kembali kepada tugas hakiki mereka iaitu mendidik dan memperluaskan konsep sekolah penyayang.
Anugerah disampaikan oleh YBhg Datuk Dr Amin pada program Naratif Baharu Amalan Pendidikan: Fokus & Gerak Kerja Profesional KPPM 2019.
Turut hadir Pengurusan Tertinggi KPM dan pengarah-pengarah Pendidikan Negeri.
- Hits: 5556