Tun Dr Siti Hasmah Merasmikan Program Angkat 1.0 AIxCHANGE

Isteri Perdana Menteri, YABhg Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali hari ini menyempurnakan majlis perasmian dan penyerahan kunci Program Rumah Angkat 1.0 anjuran Program Academia-Industry Talent Exchange Programme (AIxCHANGE): CEO Faculty Programme 2.0 Cycle 2 di Kampung Orang Asli Gurney, Batang Kali, Selangor.
 
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (IPTS) Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), YBhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar berkata, program itu melibatkan 48 pensyarah muda berusia 30 tahun hingga 40 tahun, yang mempunyai kelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang.
 
“Mereka telah ditempatkan di 26 buah syarikat swasta untuk pendedahan budaya kerja industri dalam menyediakan pensyarah berkaliber bagi menghadapi pelbagai cabaran baru,” katanya ketika berucap pada majlis itu.
 
Di bawah Program Rumah Angkat, dua buah rumah akan disiapkan untuk dua buah keluarga di Kampung Orang Asli Gurney sebagai usaha membantu golongan kurang berkemampuan.
 
Hadir sama, isteri YB Menteri Pendidikan, YBrs. Dr. Hamidah Mat; Ahli Parlimen Hulu Selangor, YB Puan June Leow Hsiad Hui; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), YBhg. Dato’ Ajis Sitin dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Foundation, YBhg. Dato’ Hamidah Naziadin.
 
 
 
(UKK 14 April 2019)
  • Hits: 3522

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 04 Oktober 2023, 15:35.