14 Mei 2023 - Majlis Bacaan Yasin dan Bicara Ilmu oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah bin Kamsah

Majlis Bacaan Yasin dan Bicara Ilmu oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah bin Kamsah

Ahad | 14 Mei 2023

Sambutan Hari Guru merupakan satu pengiktirafan buat semua para pendidik bagi menghargai segala jasa dan pengorbanan dalam mendidik anak bangsa.

Bersempena sambutan ini Majlis Bacaan Yassin dan Bicara Ilmu telah dianjurkan di Masjid Al Alami Ayer Keroh, Melaka. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) selaku penaja utama telah menjemput YBhg. Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah bin Kamsah (Pakar Motivasi) bagi sesi perkongsian ilmu bersama-sama para hadirin.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Dasar dan Kurikulum (TKPPM SDK), YBrs. Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Operasi Sekolah (TKPPM SOS), YBrs. Dr. Norisah binti Suhaili, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Pembangunan Profesionalisme (TKPPM SPP), YBrs. Tuan Haji Shafruddin bin Ali Hussin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka, Tuan Haji Mohd Ghazali bin Ahmad, Pengurus Bank Islam Cawangan Senawang, Encik Faizal bin Omar, Pegawai-pegawai Kanan KPM, JPN, guru-guru dan ibu bapa.

#HG2023
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah
 
  • Hits: 398

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 22 September 2023, 15:47.