12 Nov 2021 – Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan ACCA Malaysia

12 November 2021 - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama dengan ACCA Malaysia yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

Pemeteraian MoU di antara KPM dan ACCA Malaysia ini bertujuan meneruskan kerjasama antara Bahagian Matrikulasi KPM dengan ACCA Malaysia dan UiTM dalam pelaksanaan Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro). Alhamdulilah, sehingga kini Program Matrikulasi telah berjaya melahirkan tiga kohot pelajar Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) dengan 100% pelajar ini berjaya meneruskan pengajian dalam Program Profesional ACCA dan perakaunan di UiTM. Antara kejayaan yang membanggakan ialah pencapaian bekas pelajar kohot 1 2018/2019 JPPro iaitu Hannah Mumtazah binti Ahmad Murshidi yang telah mendapat Tempat Pertama Malaysia dan Tempat Pertama Dunia dalam Kertas Financial Management dan juga Nur Izzah Zarifah binti Mohd Zahir yang telah mendapat Tempat Pertama Malaysia dan Tempat Ketiga Dunia dalam kertas yang sama.

Dengan termeterainya memorandum ini, semoga Program Matrikulasi dapat melahirkan lebih ramai akauntan bertauliah dalam kalangan bumiputera.

 

  • Hits: 1041

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 26 September 2022, 15:23.