12 Mei 2023 - Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Menerima Kunjungan daripada CUEPACS
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Menerima Kunjungan daripada CUEPACS
12 Mei 2023 | Jumaat
YBhg. Dato' Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia menerima kunjungan daripada delegasi CUEPACS yang diketuai oleh Presiden CUEPACS, YBhg. Dato' Haji Adnan Bin Mat. Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak saling bertukar pandangan ke atas isu-isu yang berkaitan dengan kebajikan penjawat awam dan membincangkan cadangan-cadangan untuk meningkatkan lagi aspek kebajikan penjawat awam di KPM. KPM sentiasa komited untuk bekerjasama dengan CUEPACS bagi terus memastikan kebajikan pejawat awam di KPM sentiasa terpelihara.
Turut hadir semasa kunjungan tersebut adalah YBrs. Tuan Hj. Shafruddin Bin Hj. Ali Hussin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Pembangunan Profesionalisme) dan YBrs. Tuan Rospiagos Bin Taha, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.
- Hits: 572