12 Mac 2023 - Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia Kali Ke-7

12 Mac 2023 - Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah hadir untuk menyempurnakan Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia Kali Ke-7.

Tahniah kepada semua graduan.

Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia Kali Ke-7 2022 yang merangkumi 12 sidang. Majlis kali ini melibatkan seramai 9,507 orang graduan Diploma daripada 81 buah Kolej Vokasional, 33 program di kolej vokasional dan 3 program di Institut Latihan Kemahiran Swasta.

Seramai 33 orang graduan dianugerahkan dengan Anugerah Graduan Terbaik Program dan 1 anugerah berprestij iaitu Anugerah Emas Menteri Pendidikan kepada pelajar terbaik keseluruhan.

KPM sangat berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh graduan kolej vokasional. Kadar kebolehpasaran graduan kolej vokasional bagi tahun 2021 adalah sebanyak 99.16 peratus. Manakala, sebanyak 81.2 peratus graduan tahun 2022 yang bergraduat pada 6 hingga 12 Mac 2023 telahpun mendapat pekerjaan.

 

 

  • Hits: 2454

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 01 Disember 2023, 12:00.