11 Jun 2023 - Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pendidikan ke SJK(T) Azad dan SJK(T) Mak Mandin, Pulau Pinang
Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pendidikan ke SJK(T) Azad dan SJK(T) Mak Mandin, Pulau Pinang
11 Jun 2023 | Ahad
Timbalan Menteri Pendidikan, YB Lim Hui Ying telah mengadakan lawatan kerja ke SJK(T) Azad dan SJK(T) Mak Mandin, Pulau Pinang pada Ahad.
Di SJK(T) Azad, YB Lim Hui Ying berkesempatan meninjau beberapa kemudahan sekolah yang mengalami kerosakan dan perlu diperbaiki. Beliau telah turut menyempurnakan penyampaian buku latihan kepada para pelajar Tahun 4 dan 5.
Lawatan kerja YB Lim Hui Ying kemudiannya diteruskan ke SJK(T) Mak Mandin. Di sini, beliau telah merasmikan dewan baharu dan melawat pusat sumber sekolah.
Majlis turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Bagan, YB Lim Guan Eng, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara.
- Hits: 274