11 Julai 2023 - Majlis Anugerah Digital Utilisation and Technology Awards (DUTA) 2022
Majlis Anugerah Digital Utilisation and Technology Awards (DUTA) 2022
11 Julai 2023 | Selasa
Majlis Anugerah Digital Utilisation and Technology Awards (DUTA) 2022 telah berlangsung meriah di Auditorium, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Selasa.
Majlis ini dianjurkan dengan matlamat untuk memberi pengiktirafan tertinggi kepada murid, guru, sekolah, pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri atas usaha untuk memperkasakan penggunaan teknologi secara inovatif, kreatif dan beretika dalam pengajaran dan pembelajaran.
DUTA juga bertepatan dengan hasrat KPM untuk memperkasakan pendidikan digital.
Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital, KPM turut memfokuskan kepada aspek pengukuhan infrastruktur teknologi komunikasi. Ini penting bagi memastikan tiada murid yang terpinggir dari segi akses.
Kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah memperuntukkan RM3.9 bilion khusus untuk pelaksanaan projek Point of Presence (PoP) Fasa 2 yang memberi manfaat jaringan internet kepada lebih 3600 buah sekolah di luar bandar.
- Hits: 317