10 Mei 2023 - Majlis Pelancaran Dokumen Standard Guru Malaysia 2.0
Majlis Pelancaran Dokumen Standard Guru Malaysia 2.0
Rabu | 10 Mei 2023
Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah merasmikan pelancaran Dokumen Standard Guru Malaysia 2.0 (SGM2.0) pada Rabu.
Dokumen SGM2.0 dibangunkan oleh Bahagian Profesionalisme Guru sebagai panduan tahap kompetensi dan etika guru Malaysia yang relevan dengan keperluan semasa pendidikan negara. Ia selaras dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025), di bawah Anjakan Keempat Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Menteri Pendidikan, YB Lim Hui Ying, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Dato' Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Hj Pkharuddin Ghazali dan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- Hits: 886