10 April 2023 - Jaulah Ramadan KPM 2023 @ SM Sains Tuanku Munawir
Jaulah Ramadan KPM 2023 @ SM Sains Tuanku Munawir
10 April 2023 | Isnin
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato’ Hj. Pkharuddin bin Hj. Ghazali telah berkesempatan untuk beramah mesra dan berbuka puasa bersama-sama dengan para pelajar dan guru di Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER) Negeri Sembilan.
Turut hadir dalam acara ini ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP), YBrs. En. Ab Aziz bin Mamat, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) YBrs. Tn. Hj. Omar bin Salleh serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian dan JPN Negeri Sembilan.
- Hits: 527