08 September 2023 - Perasmian Karnival Pendidikan Sinar Bestari dan Town Hall Rakyat bersama Menteri Pendidikan

Perasmian Karnival Pendidikan Sinar Bestari dan Town Hall Rakyat bersama Menteri Pendidikan
 
08 September 2023 | Jumaat
 
Sekitar acara Perasmian Karnival Pendidikan Sinar Bestari dan Town Hall Rakyat bersama Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.
 
Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang membuka tirai pada Jumaat telah berlangsung meriah dengan dihadiri oleh ribuan pengunjung dalam kalangan guru, murid, ibu bapa dan orang ramai.
 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyokong penuh usaha rakan strategik korporat, Kumpulan Karangkraf dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor menganjurkan karnival ini. Ia memberi peluang kepada pengunjung untuk mengetahui perkembangan terkini dalam pendidikan, melawat reruai dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik.
 
Tema karnival 'Memacu Pendidikan Generasi Digital' juga selari dengan usaha KPM yang baru sahaja meluncurkan Dasar Pendidikan Digital Negara.
 
YB Fadhlina Sidek telah turut berkesempatan mengambil bahagian dalam acara Town Hall Rakyat dan menjawab secara terus pelbagai pertanyaan mengenai pendidikan negara.
 
Karnival Pendidikan Sinar Bestari berlangsung dari 8-10 September 2023.
 
 
 
 
  • Hits: 642

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 07 Disember 2023, 09:12.