08 Julai 2023 - Majlis Penutupan Kolokium Amalan Terbaik

Majlis Penutupan Kolokium Amalan Terbaik

08 Julai 2023 | Sabtu

Sekitar Majlis Penutupan Kolokium Amalan Terbaik sempena Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Kadet Remaja Sekolah Kali ke-28 yang telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.

Seramai 400 peserta yang terdiri daripada jurulatih Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) seluruh negara terlibat dalam kolokium ini. Sebanyak 4 pembentangan telah disampaikan.

Penganjuran kolokium ini memberi peluang kepada semua jurulatih dan kumpulan pengurusan di sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk berkongsi maklumat, berhujah serta mengemukakan pandangan ke arah memantapkan pasukan KRS/TKRS selari dengan hala tuju KPM.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Operasi Sekolah serta pegawai KPM dan JPN.

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah
 
  • Hits: 161

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 22 September 2023, 15:47.