08 April 2023 - Pameran Pendidikan Institut Pengajian Tinggi Awam @ Batu Pahat, Johor
Pameran Pendidikan Institut Pengajian Tinggi Awam @ Batu Pahat, Johor
8 April 2023 | Sabtu
Timbalan Menteri Pendidikan, YB Lim Hui Hing telah merasmikan Pameran Pendidikan Institut Pengajian Tinggi Awam 2023 pada Sabtu.
Pameran siri ke-4 yang diadakan di Batu Pahat, Johor ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah menengah mengenai tawaran dan peluang yang disediakan oleh kerajaan bagi melanjutkan pelajaran.
Turut hadir dalam perasmian ini ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), YBrs. Tuan Hj Azman Adnan, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Encik Md Said Daimon dan pegawai-pegawai kanan KPM serta agensi terlibat.
KPM berharap pameran yang dianjurkan ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid dalam meneroka peluang yang disediakan kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
- Hits: 426